GENEVA: Rokok elektronik sekali guna yang tampak bergaya dan pek nikotin berperisa manisan antara pelbagai produk baharu yang menyasarkan golongan muda dan mencetus gelombang baharu ketagihan tembakau serta nikotin, menurut amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berucap pada pembukaan Persidangan Global Mengenai Kawalan Tembakau, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan jumlah kanak-kanak dan remaja yang tertarik kepada produk baharu ini meningkat mendadak ke tahap membimbangkan. “Sekolah kini menjadi barisan hadapan dalam…










