GAZA: Selepas gencatan senjata fasa pertama dilaksanakan, menjadi rutin harian bagi penduduk wanita di Gaza kini mencari suami atau adik beradik mahu pun saudara lelaki mereka yang hilang ketika keluar mendapatkan bantuan makanan untuk keluarga. Golongan lelaki Palestin sering menjadi mangsa pertama setiap kali bedilan bom dan serangan rejim Isreal datang tanpa amaran. Di tengah ketidakpastian dan ketakutan, niat kaum hawa di Gaza hanya satu, memastikan insan tersayang dapat dikebumikan…










