GAZA: Kediaman bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat di Gaza musnah seperti kebanyakan bangunan lain di wilayah terkepung itu, namun sisa vila mewah tersebut kini turut menjadi tempat perlindungan bagi beberapa keluarga yang kehilangan tempat tinggal. Rakaman AFPTV menunjukkan rumah itu yang dijadikan muzium selepas kematian Yasser pada 2004 dan dihiasi mural memperingatinya kini dikelilingi runtuhan. Terletak di kawasan kejiranan Rimal di Gaza City, rumah tersebut rosak teruk akibat serangan udara…










