Trump 'takut' bekalkan Tomahawk kepada Ukraine - Utusan Malaysia

Trump ‘takut’ bekalkan Tomahawk kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad memberitahu beliau belum mempertimbangkan sebarang perjanjian yang membolehkan Ukraine memperoleh peluru berpandu jarak jauh Tomahawk untuk digunakan menentang Russia.

Trump berkata beliau masih berpendirian berhati-hati terhadap cadangan supaya AS menjual peluru berpandu itu kepada negara anggota NATO yang kemudiannya akan memindahkannya kepada Ukraine, kerana tidak mahu menambah ketegangan dalam perang yang berlangsung.

“Tidak, tidak juga,” kata Trump kepada wartawan di atas pesawat Air Force One ketika dalam perjalanan ke Washington dari Palm Beach, Florida, apabila ditanya sama ada beliau mempertimbangkan perjanjian berkenaan.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengubah pendiriannya pada masa depan.

Sebelum ini, Trump dan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, membincangkan cadangan berkaitan peluru berpandu Tomahawk semasa pertemuan di White House pada 22 Oktober lalu. Rutte pada Jumaat berkata isu itu masih dalam semakan dan keputusan akhir bergantung kepada AS.

Peluru berpandu Tomahawk mempunyai jarak serangan sejauh 2,500 kilometer (1,550 batu), cukup untuk mencapai kawasan jauh di dalam wilayah Russia termasuk Moscow.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, sebelum ini memohon supaya negaranya dibekalkan dengan peluru berpandu berkenaan, namun Kremlin memberi amaran keras bahawa sebarang langkah menghantar Tomahawk ke Ukraine akan dianggap sebagai tindakan provokasi besar-besaran terhadap Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN