Thailand nafi laporan 'sengaja letak periuk api' di sempadan - Utusan Malaysia

Thailand nafi laporan ‘sengaja letak periuk api’ di sempadan

ANGGOTA tentera dan polis Thailand memeriksa sebuah periuk api yang dinyahaktif di Wilayah Si Sa Ket, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand pada menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang disiarkan oleh beberapa media Kemboja kononnya Thailand ‘menyasarkan sendiri letupan periuk api di sempadan dan menyifatkan laporan itu sebagai taktik kotor untuk menutup pelanggaran terbaru oleh Kemboja.

Jurucakap Tentera, Mejar Jeneral Winthai Suwaree, berkata laporan berkenaan sama sekali tidak benar dan menegaskan imej-imej ilustrasi yang dikemukakan kepada awam jelas diubahsuai dan direka dengan niat menipu.

Media Kemboja yang menyiarkan cerita itu mendakwa mempunyai imej satelit dari Malaysia dan mendakwa Thailand turut membeli bahan letupan serta periuk api anti-personel untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, imej-imej yang ditunjukkan kelihatan dimanipulasi secara jelas dan diletakkan dengan tujuan memutarbelitkan fakta supaya masyarakat tempatan dan antarabangsa menyalahkan pihak Thailand.

Winthai berkata, tindakan itu berkemungkinan besar dibuat untuk menutup dan mengalihkan perhatian daripada pelanggaran yang dilakukan oleh Kemboja sendiri terhadap perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Ottawa berkaitan penggunaan ranjau darat, serta penempatan ranjau secara sulit ketika tempoh gencatan senjata.

Tentera menegaskan periuk api anti-personel jenis PMN-2 yang ditemui dalam jumlah besar di sepanjang kawasan sempadan tidak pernah dimiliki oleh pihak Thailand, malah tidak pernah masuk dalam perolehan atau inventori ketenteraan negara ini.

Bukti yang dikumpul tentera menunjukkan periuk api itu berasal dari Kemboja dan baru ditempatkan untuk dijadikan senjata tersembunyi yang mengancam serta mencederakan pasukan Thailand.

Dalam pada itu, tentera menyeru siasatan menyeluruh dan ketelusan dalam menangani insiden sempadan berkenaan bagi mengelakkan ketegangan meningkat serta memastikan keselamatan penduduk dan anggota keselamatan di kedua-dua belah pihak terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×