TEHERAN: Pihak berkuasa Iran mengenakan larangan sementara terhadap akses orang awam ke kebanyakan kawasan hutan di negara itu susulan usaha memadamkan kebakaran yang sedang marak di sebuah kawasan hutan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, lapor media tempatan. Kebakaran di hutan Hyrcanian di utara Iran yang bermula pada 1 November, berjaya dikawal dalam tempoh beberapa hari. Namun api kembali marak pada 15 November berikutan tiupan angin kencang dan kemarau…










