BAITULMUQADDIS: Beberapa kawasan di wilayah Tebing Barat yang diduduki menyaksikan serangan besar-besaran oleh pendatang Yahudi dan tentera Israel sejak beberapa hari lalu, sehingga mengakibatkan kecederaan, penahanan serta kemusnahan harta benda secara meluas. Serangan turut berlaku ketika kumpulan pendatang meneruskan pencerobohan ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki. Di Tulkarm, sekumpulan pendatang melancarkan serangan besar di kawasan perindustrian di timur bandar itu berhampiran Beit Lid, menyebabkan kebakaran besar serta…










