Serangan bom ragut 12 nyawa di mahkamah Islamabad, tingkat ketegangan serantau

Serangan bom ragut 12 nyawa di mahkamah Islamabad, tingkat ketegangan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 27 lagi cedera dalam insiden serangan bom bunuh diri di hadapan mahkamah daerah Islamabad semalam.

Kenderaan hangus dan sebuah motosikal yang remuk kelihatan di luar kompleks mahkamah, dengan bingkai logam masih panas ketika pasukan penyiasat menutup kawasan itu untuk kerja-kerja forensik.

Serangan yang jarang berlaku di pusat ibu kota Pakistan itu meninggalkan jalan dua hala yang berlumuran darah serta kaca pecah di tengah jalan.

“Ia adalah letupan yang sangat kuat dan menakutkan. Ramai mangsa adalah orang awam yang kebetulan berada di situ,” kata seorang peguam berusia 24 tahun, Khalid Mandokhel kepada AFP di lokasi kejadian.

Seorang lagi peguam, Rustam Malik berkata, dia mendengar dentuman kuat di pintu pagar ketika memasuki kompleks, yang setiap hari dikunjungi ratusan orang untuk urusan undang-undang.

“Kami tidak menjangka keluar dengan nyawa terancam. Asap tebal memenuhi kawasan,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Mohsin Naqvi berkata, penyerang itu menunggu di luar bangunan selama beberapa minit sebelum meletupkan diri di dekat kenderaan polis kerana gagal masuk ke dalam kompleks.

“Dia tidak dapat masuk ke dalam dan bertindak meletupkan dirinya berhampiran van polis. Pihak berkuasa akan memberi keutamaan kepada usaha mengenal pasti penyerang dan memastikan semua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mendakwa kumpulan militan disokong secara aktif oleh India terlibat dalam serangan itu.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan India menafikan dakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai tidak berasas dan tidak benar.

Dalam satu kenyataan, Sharif menyifatkan serangan pengganas terhadap rakyat awam Pakistan oleh ejen pengganas India sebagai sesuatu yang harus dikutuk.

Kumpulan Jumaat Ul Ahrar, pecahan daripada Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP), mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu menurut media tempatan.

Namun, dua wartawan tempatan kepada BBC melaporkan pimpinan pusat TTP menafikan sebarang kaitan dengan letupan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×