Riyadh terima aset pertahanan sama dengan Israel - Trump - Utusan Malaysia

Riyadh terima aset pertahanan sama dengan Israel – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan AS akan menjual pesawat pejuang pejuang F-35 kepada Arab Saudi, menjadikan Riyadh menerima peralatan pertahanan yang sebelum ini hanya diperuntukkan kepada Israel.

Trump berkata, Arab Saudi dan Israel kini menjadi sekutu dengan akses aset ketenteraan paling canggih.

Pengumuman itu dibuat semasa Trump menyertai sidang akhbar bersama Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dan memperluas hubungan keselamatan AS–Saudi.

Putera Mahkota turut menekankan keselamatan adalah keutamaan utama lawatannya ke AS.

Arab Saudi juga mengumumkan peningkatan pelaburan di AS kepada hampir AS$1 trilion, berbanding AS$600 bilion sebelum ini, sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh hubungan ekonomi dan ketenteraan dengan Washington.

Penjualan F-35 ini dijangka meningkatkan keupayaan udara Arab Saudi secara signifikan, menandakan perubahan besar dalam keseimbangan ketenteraan di Asia Barat kerana Israel selama ini satu-satunya negara haram di rantau itu yang mengendalikan jet pejuang tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN