Ratusan penduduk dipindahkan akibat letusan Gunung Semeru

Ratusan penduduk dipindahkan akibat letusan Gunung Semeru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ratusan penduduk Indonesia ditempatkan di pusat perlindungan sementara pada Khamis, selepas gunung berapi di pulau utama Jawa meletus.

Letusan itu memaksa pihak berkuasa memindahkan hampir 190 orang dari lereng gunung berapi berkenaan.

Gunung Semeru di Jawa Timur meletus pada petang Rabu, memuntahkan abu dan gas setinggi lebih 13 kilometer dan mendorong pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi.

Aktiviti gunung berapi sebahagian besarnya sudah reda tetapi masih tidak menentu pada Khamis, menurut agensi geologi Indonesia.

Hampir 900 orang dipindahkan ke pusat perlindungan yang didirikan di sekolah, masjid dan dewan kampung selepas letusan itu, kata pegawai agensi bencana, Sultan Syafaat.

“Pada waktu malam, mereka tinggal (di tempat perlindungan) mungkin kerana masih trauma,” katanya.

Pihak berkuasa juga memindahkan hampir 190 orang dari lereng gunung berapi, kebanyakannya pendaki yang terkandas di tapak perkhemahan selepas letusan tersebut, kata ketua taman negara Semeru, Rudijanto Tjahja Nugraha.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana pertembungan plat benua menyebabkan aktiviti gunung berapi dan dan seismik yang besar.

Kepulauan Asia Tenggara mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN