LONDON: Pakar perubatan di United Kingdom (UK) memberi amaran mengenai peningkatan jumlah orang dewasa yang mengalami kerosakan hidung kekal akibat penggunaan kokain. Menurut Agensi Jenayah Kebangsaan UK, rakyat Britain kini dianggarkan menggunakan sekitar 117 tan kokain setiap tahun, sekali gus mencerminkan peningkatan mendadak penggunaan dadah itu. UK juga mencatat kadar penggunaan kedua tertinggi di dunia, dengan seorang daripada 40 orang dewasa bersamaan 2.7 peratus populasi dikenal pasti sebagai pengguna, menurut…










