45 terkorban bas jemaah umrah terbabit nahas dekat Madinah

Puluhan terkorban bas jemaah umrah terbabit nahas dekat Madinah

Ahli keluarga dan saudara mara mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas berhampiran kota suci Madinah berkumpul di Hyderabad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kedutaan India di Arab Saudi pada Isnin memaklumkan berlaku satu kemalangan bas tragis yang melibatkan jemaahnya berhampiran kota suci Madinah semalam dengan lebih 45 orang dikhuatiri terkorban.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

“Saya amat sedih dengan kemalangan di Madinah yang melibatkan rakyat India. Takziah saya buat keluarga yang kehilangan insan tersayang.

“Saya berdoa agar semua yang cedera pulih segera. Kedutaan kami di Riyadh dan konsulat di Jeddah sedang memberikan segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya di laman X.

Media India melaporkan kemungkinan puluhan terkorban dalam insiden kemalangan melibatkan bas membawa jemaah dan lori tangki diesel itu, namun pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah rasmi.

Pengangkutan jemaah di sekitar lokasi suci Arab Saudi sering kali berisiko, terutama semasa musim haji apabila jalan raya menjadi sesak dengan bas yang menyebabkan kesesakan teruk.

Jutaan orang turut menunaikan ibadah umrah sepanjang tahun, di luar musim haji.

Pada Mac 2023, sebuah bas yang membawa jemaah ke kota suci Mekah terbakar selepas berlanggar di sebuah jambatan, mengakibatkan 20 maut dan lebih 24 lagi cedera.

Pada Oktober 2019, seramai 35 warga asing terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan kenderaan berat lain berhampiran Madinah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN