SINGAPURA: Cubaan menyeludup 35.7 kilogram tanduk badak sumbu dari Afrika Selatan ke Laos melalui Lapangan Terbang Changi berjaya digagalkan awal bulan ini, sekali gus mencatat rampasan terbesar pernah direkodkan republik itu. Dalam kenyataan bersama semalam, Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) dan pengendali kargo udara SATS memaklumkan sebanyak 20 tanduk badak bernilai kira-kira S$1.13 juta (RM3 juta), selain 150kg bahagian haiwan lain termasuk tulang, gigi dan kuku, dikesan dalam empat bungkusan…










