WASHINGTON: Pentagon melangkah ke fasa penting dalam pembangunan sistem pertahanan peluru berpandu Golden Dome selepas Space Force Amerika Syarikat (AS) menganugerahkan kira-kira setengah dozen kontrak bernilai kecil bagi membangunkan beberapa prototaip pemintas yang bersaing, menurut dua sumber dipercayai. Kontrak tersebut dijangka membuka jalan kepada perjanjian pengeluaran bernilai puluhan bilion dolar pada masa hadapan. Antara syarikat yang menerima kontrak ialah Northrop Grumman, True Anomaly, Lockheed Martin dan Anduril, kata sumber berkenaan.…










