QUITO: Pengundi di Ecuador menolak cadangan membawa masuk semula pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) ke negara itu dalam satu referendum semalam, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presidennya, Daniel Noboa yang rapat dengan Presiden AS, Donald Trump. Dengan tiga perempat undian dikira, sekitar 60 peratus rakyat Ecuador mengundi ‘tidak’ terhadap cadangan untuk menarik balik larangan lama terhadap kehadiran pangkalan tentera asing. Keputusan itu sekali gus menyekat tentera AS daripada kembali…










