VALENCIA: Presiden wilayah Valencia di timur Sepanyol, Carlos Mazón meletakkan jawatan semalam selepas berdepan tekanan hebat daripada rakyat dan parti politik berhubung cara beliau menangani tragedi banjir besar yang meragut 229 nyawa lebih setahun lalu. Mazón, daripada Parti Rakyat (PP) yang berhaluan konservatif, sebelum ini enggan berundur walaupun dikecam hebat selepas terbongkar beliau menghabiskan lebih tiga jam menikmati makan tengah hari bersama seorang wartawan ketika banjir melanda dan ramai mangsa…










