GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan pelancaran kempen “catch-up” bersepadu bagi imunisasi rutin, pemantauan nutrisi dan pertumbuhan di Gaza, menyasarkan 44,000 kanak-kanak yang terputus daripada perkhidmatan penting akibat perang. Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata kempen itu dijalankan oleh UNICEF, UNRWA dan WHO bersama Kementerian Kesihatan Gaza, dengan kerjasama rakan strategik bagi memastikan kanak-kanak menerima vaksinasi dan pemantauan nutrisi yang diperlukan. Beliau menjelaskan setiap kanak-kanak akan menerima tiga dos…










