WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada Rabu mengeluarkan imej terbaharu objek 3I/ATLAS, sekali gus mengesahkan objek antara bintang itu merupakan sebuah komet dan bukannya kapal angkasa makhluk asing. Bercakap dalam taklimat yang disiarkan secara langsung dari Greenbelt, Maryland, Timbalan Pentadbir NASA Amit Kshatriya berkata, agensi itu komited mencari tanda-tanda kehidupan di alam semesta, namun menegaskan semua ciri objek tersebut menunjukkan ia adalah komet semula jadi. “Objek ini ialah…









