LONDON: Minum sehingga empat cawan kopi sehari berpotensi menambah tempoh hayat seseorang, selain boleh merendahkan risiko penyakit jantung, demensia dan diabetes. Kajian baharu itu mendapati minuman berkenaan juga boleh membantu individu yang berdepan masalah kesihatan mental kronik hidup lebih lama iaitu sehingga lima tahun lebih panjang berbanding mereka yang tidak minum kopi. Pesakit yang mengalami gangguan mental teruk (SMD) seperti skizofrenia dan bipolar biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 15 tahun…










