NEW YORK: Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York mencetuskan kebimbangan dalam kalangan segelintir penduduk Yahudi, yang kononnya meramalkan kehidupan mereka akan terjejas. Beberapa penduduk Yahudi mendakwa kecewa dan takut selepas seorang aktivis sayap kiri anti-Israel kini memimpin bandar yang menjadi rumah kepada komuniti Yahudi terbesar Diaspora. Kemenangan Mamdani menimbulkan kekecewaan besar dalam kalangan komuniti Yahudi, yang sangat mengharapkan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo, kembali memimpin bandar itu.…










