TOKYO: Penyalahgunaan cecair vape yang mengandungi ubat penenang, dikenali sebagai ‘rokok zombi’, dilaporkan meningkat dalam kalangan remaja di selatan Jepun. Peningkatan tersebut mendorong pihak berkuasa memperketatkan pemantauan bagi mengelakkan ia merebak ke seluruh negara. Menjelang akhir September, 10 individu, kebanyakannya remaja dan golongan muda ditahan di Okinawa kerana memiliki etomidate. Mei lalu, kerajaan Jepun mengklasifikasikan bahan tersebut yang diketahui menekan aktiviti neuron serebelum penting untuk koordinasi badan, sebagai dadah terlarang.…










