WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penangguhan terhadap perintah yang mewajibkan pentadbiran Presiden, Donald Trump membayar bantuan makanan sepanjang penutupan kerajaan. Keputusan itu dibuat selepas Kongres sedang bergerak ke arah membuka semula kerajaan. Mahkamah rendah minggu lalu memutuskan kerajaan Trump mesti membiayai sepenuhnya Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP) untuk bulan November menjelang hari Jumaat. Namun, Hakim, Ketanji Brown Jackson mengeluarkan arahan penangguhan pentadbiran terhadap perintah tersebut dan memberi masa…










