Lebih 150 Terkorban Banjir Landa Asia Tenggara MEDAN: Angka korban akibat banjir besar yang melanda beberapa negara Asia Tenggara meningkat melebihi 150 orang hari ini, dengan Indonesia mencatat sekurang-kurangnya 111 mangsa terkorban, manakala sebuah hospital di selatan Thailand memaklumkan rumah mayatnya penuh. Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menenggelamkan bandar, memutuskan hubungan komunikasi dan menyebabkan ribuan penduduk terperangkap. Di Sumatera, pihak berkuasa Indonesia berkata, banjir dan tanah runtuh yang berlaku…










