SEOUL: Korea Utara menghantar kira-kira 5,000 anggota askar pembinaan ke Russia sejak September untuk membantu membina semula infrastruktur yang musnah akibat peperangan dengan Ukraine, lapor seorang ahli Parlimen Korea Selatan selepas taklimat oleh agensi risikan Seoul. Ahli Parlimen Korea Selatan, Lee Seong Kweun memberitahu wartawan, sekitar 5,000 anggota pasukan pembinaan Korea Utara bergerak ke Russia secara berperingkat sejak September dan dijangka digunakan bagi kerja-kerja pembinaan semula infrastruktur di negara itu.…










