Kerajaan AS boleh ditutup lagi dalam masa tiga bulan

Kerajaan AS boleh ditutup lagi dalam masa tiga bulan

ORANG ramai berjalan di depan bangunan Capitol, sehari selepas kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat dibuka selepas ditutup selama 43 hari. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berakhir selepas 43 hari, namun ratusan ribu pekerja persekutuan kembali bertugas dalam keadaan jauh daripada normal, dengan pelbagai kesan operasi dijangka berlarutan selama berminggu-minggu.

Kelewatan dan pembatalan penerbangan dijangka terus berlaku ketika Pengawal Trafik Udara cuba menampung kekurangan kakitangan, manakala pekerja yang tidak menerima gaji sejak lebih sebulan masih perlu menunggu bayaran tunggakan.

Geran penyelidikan, laporan ekonomi serta ribuan emel tertunggak turut memerlukan masa untuk diselesaikan.

Perjanjian yang ditandatangani Presiden Donald Trump pada Rabu hanya membiayai operasi kerajaan sehingga Januari, menyebabkan kebimbangan penutupan kerajaan boleh berulang dalam tempoh tiga bulan.

Kesan penutupan turut dirasai di lapangan terbang seluruh negara, menyaksikan sistem kawalan trafik udara kekurangan lebih 3,000 pengawal.

Ramai pegawai muda meletakkan jawatan manakala pegawai senior memilih bersara, sekali gus menyebabkan operasi pemantauan penerbangan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih sepenuhnya.

Program kebajikan utama seperti kupon makanan SNAP pula berdepan gangguan serius. Beberapa negeri sudah mengedarkan bantuan separa, manakala sebahagian lagi belum menyalurkan sebarang pembayaran.

Beberapa laporan ekonomi penting tidak dikeluarkan sepanjang penutupan termasuk laporan pekerjaan bulanan dan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga dengan

Rumah Putih mengesahkan data bagi Oktober tidak boleh diterbitkan.

Keadaan tidak menentu ini mendorong ramai pekerja persekutuan mula meninggalkan sektor kerajaan. Platform peralihan kerjaya CivicMatch melaporkan peningkatan 74 peratus pendaftaran sepanjang penutupan.

Ramai pekerja mengakui tekanan mental dan kewangan kali ini adalah yang paling buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×