ASTANA: Parlimen Kazakhstan meluluskan rang undang-undang anti-LGBTQ semalam, mengikut jejak langkah Russia, ketika Presiden Kassym-Jomart Tokayev berada di Moscow bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin. Menurut kenyataan Mäjilis, rang undang-undang itu melarang penyebaran maklumat yang dianggap mengandungi propaganda pedofilia atau orientasi seksual tidak tradisional di ruang awam, media serta platform dalam talian. Langkah berkenaan bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan mereka. Rang undang-undang itu…










