YANGON: Tentera Myanmar menahan hampir 1,600 warga asing dalam tempoh lima hari menerusi satu operasi serbuan besar-besaran di sebuah pusat penipuan internet terkenal di sempadan Thailand. Junta Myanmar sekian lama dituduh membiarkan industri haram itu berleluasa, namun sejak Februari ia mula menghebahkan tindakan keras selepas menerima tekanan daripada penyokong ketenteraannya, China, menurut para penganalisis. Dalam jumlah terbaharu yang diumumkan semalam, junta berkata, 1,590 warga asing yang memasuki Myanmar secara haram…










