TOKYO: Siri adiwira popular pada era 1980-an dan 1990-an, Space Sheriff Gavan bakal muncul semula pada tahun hadapan menerusi rancangan baharu berjudul Super Space Sheriff Gavan Infinity. Pengumuman itu dibuat syarikat produksi Jepun, Toei pada Isnin lalu yang menyatakan siri berkenaan akan menjadi judul pertama dalam francais baharu mereka, Project RED, singkatan kepada ‘Records of Extraordinary Dimensions’. Menurut Toei, francais itu memberi tumpuan kepada watak adiwira berwarna merah dan sebagai…










