SAN FRANCISCO: Pengeluar komputer dan pencetak, HP mengumumkan pelan penstrukturan semula berskala besar yang akan mengurangkan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya di seluruh dunia, ketika syarikat itu beralih kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan. Menurut laporan pendapatan terbaharunya, gergasi teknologi itu menjangkakan memberhentikan antara 4,000 hingga 6,000 pekerja di peringkat global bagi memberi tumpuan kepada penggunaan AI untuk meningkatkan inovasi dan kepuasan pelanggan. Langkah HP ini mencerminkan trend…










