BRUSSELS: Menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) dijangka membincangkan cadangan melatih 3,000 pegawai polis Palestin untuk ditempatkan di Gaza, menurut dokumen rasmi yang diperoleh Reuters menjelang mesyuarat blok itu pada 20 November. Cadangan yang disediakan oleh perkhidmatan diplomatik EU itu merangkumi pilihan sokongan terhadap pelan 20 mata bagi Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Walaupun Israel dan Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan tersebut pada Oktober, pelaksanaan langkah…










