SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk meraih ‘kemenangan besar’ apabila para pemegang saham meluluskan pakej gaji bernilai sehingga AS$878 bilion (RM3.6 trilion) untuk tempoh sedekad akan datang, sekali gus menandakan keyakinan terhadap visinya menjadikan syarikat kenderaan elektrik itu sebagai peneraju bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik. Susulan pengumuman itu, saham Tesla meningkat kira-kira satu peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran manakala lebih 75 peratus pemegang saham menyokong cadangan…










