GAZA CITY: Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meragut 28 nyawa hari ini, sekali gus mencetuskan ketegangan baharu meskipun gencatan senjata rapuh masih berkuat kuasa. Israel dan Hamas saling menuding jari, masing-masing menuduh pihak lawan melanggar perjanjian damai yang dipersetujui bulan lalu. Menurut agensi pertahanan awam Gaza yang berada di bawah pentadbiran Hamas, 14 penduduk terkorban di Gaza City manakala 13 lagi terbunuh di kawasan Khan Younis. Hospital-hospital di wilayah…










