SONGKHLA: Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hat Yai melepaskan tiga das tembakan ke udara selepas mendakwa lewat diberi bantuan oleh pasukan penyelamat yang menaiki jet ski. Insiden itu diceritakan oleh seorang anggota penyelamat dari wilayah Surat Thani, Tee Inkjet, melalui akaun Facebook miliknya, yang memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam Selasa lalu ketika operasi menyelamat dijalankan. Dia turut memuat naik gambar jet ski yang digunakan…










