Banjir, tanah runtuh di Sri Lanka ragut 31 nyawa

Banjir, tanah runtuh di Sri Lanka ragut 31 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 14 lagi hilang selepas banjir dan tanah runtuh melanda seluruh Sri Lanka minggu ini susulan hujan lebat berterusan, menurut pihak berkuasa pada Khamis.

Sebahagian besar kematian direkodkan di daerah Badulla, kawasan penanaman teh di bahagian tengah negara itu, apabila 16 penduduk tertimbus selepas cerun bukit runtuh menimpa kediaman mereka pada waktu malam, menurut kenyataan Pusat Pengurusan Bencana (DMC).

Empat lagi mangsa maut dalam kejadian hampir sama di daerah bersebelahan, Nuwara Eliya, manakala korban selebihnya berlaku di beberapa kawasan lain.

Kira-kira 400 rumah rosak akibat aliran lumpur, dan lebih 1,100 keluarga dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

DMC turut memberi amaran paras sungai di seluruh negara semakin meningkat dan penduduk di kawasan rendah diminta segera berpindah ke tempat lebih selamat.

Sri Lanka kini berada dalam musim monsun timur laut, namun hujan semakin lebat akibat pembentukan tekanan rendah di timur pulau berkenaan.

Kerajaan turut menggantung peperiksaan akhir tahun bagi sekolah-sekolah di seluruh negara selama dua hari berikutan keadaan cuaca buruk.

Lebih 100 milimeter hujan dijangka turun di seluruh Sri Lanka, dengan beberapa kawasan di timur laut diramal menerima sehingga 250 milimeter hujan pada Khamis.

Kejadian kali ini merupakan angka korban tertinggi sejak Jun tahun lalu apabila 26 orang maut akibat hujan lebat, manakala pada Disember pula 17 orang terkorban dalam banjir dan tanah runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN