KYIV: Amerika Syarikat (AS) didakwa terus menekan Ukraine menerima pelan damai Washington bagi menamatkan perang dengan Russia dalam rundingan yang berlangsung di Geneva pada Ahad. Menurut seorang pegawai kanan yang enggan dikenali, Washington tidak mengeluarkan ancaman secara langsung untuk menghentikan bantuan sekiranya Ukraine menolak cadangan itu, namun Kyiv sedar kemungkinan tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa. Pelan AS itu yang asalnya mengandungi 28 perkara, antara lain menggesa Ukraine melepaskan wilayah…









