WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggantung semua permohonan imigresen daripada warga Afghanistan selepas seorang lelaki dari negara itu dikenal pasti sebagai suspek dalam kejadian tembakan terhadap dua anggota Pengawal Kebangsaan berhampiran Rumah Putih. Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen Amerika Syarikat (USCIS) memaklumkan keputusan itu dibuat sementara menunggu semakan terhadap protokol keselamatan dan tapisan. Suspek dalam kejadian tembakan yang menyebabkan dua anggota Pengawal Kebangsaan cedera parah, dikatakan tiba di AS dari Afghanistan pada…










