LONDON: Mainan tradisional mungkin bakal terpinggir sepenuhnya apabila teknologi terus mengambil alih kehidupan kanak-kanak, menurut seorang pengarang kanak-kanak terkenal, Frank Cottrell-Boyce. Beliau berkata, laporan kanak-kanak kini tidak lagi bermain dengan mainan fizikal semakin kerap didengar. Beliau yang juga pernah menyandang gelaran Children’s Laureate, sebelum ini memberi amaran kerajaan perlu memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada lebih banyak buku susulan penurunan tahap kegembiraan yang berpunca daripada kurangnya amalan membaca. Mengulas tema filem…










