WASHINGTON: Rancangan era pentadbiran Biden untuk membunuh hampir 500,000 ekor burung hantu di tiga negeri Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kemarahan dalam kalangan ahli Kongres dan kumpulan alam sekitar yang menyifatkannya sebagai tidak perlu dan tidak berkesan. Pelan itu melibatkan pemburuan terancang di California, Oregon dan Washington untuk membunuh spesies Barred Owl, yang dianggap sebagai ‘pemburu’ yang kini mengancam kelangsungan hidup spesies tempatan Spotted Owl. Menurut peraturan baharu itu, pemburu terlatih…










