Warna hijau terang faktor coklat Dubai terkenal seluruh dunia

Warna hijau terang faktor coklat Dubai terkenal seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OXFORD: Daripada pasta feta terkenal hinggalah cabaran makanan yang pelik, pelbagai jenis makanan unik telah menjadi tular di media sosial sejak kebelakangan ini. Namun, satu snek manis iaitu colat Dubai mengatasi segalanya.

Sejak TikTok mula tular dengan coklat Dubai, permintaan terhadap manisan itu melonjak mendadak. Para pempengaruh dan pencinta makanan sanggup merantau beribu kilometer serta berbelanja ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan coklat rangup tersebut.

Beberapa bulan selepas dilancarkan, produk berperisa coklat Dubai mula dijual di pasar raya seluruh dunia. Jadi, apa yang menjadikan coklat ini begitu popular?

Menurut pakar psikologi eksperimen dari Universiti Oxford, Profesor Charles Spence rahsianya terletak pada warna hijau terang di bahagian dalam coklat itu.

“Kontras visualnya sangat kuat, hijau terang berlatar coklat gelap. Ia menonjol dalam gambar dan menarik perhatian kerana manusia secara semula jadi tertarik pada objek yang unik secara visual, seperti warna jingga minuman Aperol Spritz,” jelas beliau.

Fenomena coklat tular ini bermula pada tahun 2024 apabila seorang pembuat coklat dari Dubai, Sarah Hamouda mula bereksperimen mencipta bar coklat berinti untuk memuaskan keinginan manisnya semasa hamil.

Sarah melancarkan jenama Fix Dessert Chocolatier pada tahun 2021, dan hasil ciptaannya yang menggabungkan krim pistachio dan pastri filo akhirnya mencipta sensasi global selepas TikTokker Maria Vehera memuat naik video mencuba coklat tersebut dalam versi yang penuh kelazatan dan kerangupan.

Video asal Maria mencetuskan kegilaan antarabangsa, apabila ribuan pengguna lain mula memuat naik video ASMR menggigit bar coklat tebal itu sekaligus membuat ramai yang menonton kecur air liur dan ingin mencubanya sendiri.

Coklat tular itu diinspirasikan daripada pencuci mulut Timur Tengah bernama Knafeh, dan diisi dengan krim pistachio, tahini serta pastri Kataifi, sejenis doh filo yang diparut halus.

Di TikTok sahaja, berbilion tontonan telah dicatatkan dengan ratusan pengguna berkongsi resipi dan ulasan mereka tentang snek sensasi ini.

Jenama-jenama besar antarabangsa seperti Nestlé, Lidl, dan Lindt turut pantas menyertai trend ini dengan mengeluarkan versi mereka sendiri, menjadikan coklat Dubai bukan sekadar fenomena media sosial, tetapi simbol cita rasa global baharu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN