KAHERAH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Hamas telah bersetuju melaksanakan fasa pertama pelan damai Gaza pimpinannya, yang digambarkan beliau sebagai langkah ‘bersejarah dan tidak pernah berlaku sebelum ini’ ke arah menamatkan perang dua tahun di wilayah itu. Trump berkata, di bawah perjanjian berkenaan, Hamas akan membebaskan semua tebusan, manakala tentera Israel akan berundur ke garisan yang dipersetujui, susulan rundingan di Mesir berhubung pelan damai 20 perkara…