WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak Israel agar segera menghentikan serangan udara di Gaza susulan kenyataan terbaru Hamas yang menunjukkan kesediaan untuk membebaskan tebusan sebagai sebahagian daripada pelan gencatan senjata yang dicadangkan beliau. Dalam satu kenyataan di platform Truth Social pada Jumaat, Trump berkata berdasarkan kenyataan terbaharu Hamas, beliau percaya mereka bersedia untuk keamanan berkekalan. “Israel mesti segera hentikan pengeboman Gaza, agar kita dapat bebaskan tebusan dengan selamat…