Trump berlepas ke Jepun, hadiri peringkat kedua lawatan Asia

Trump berlepas ke Jepun, hadiri peringkat kedua lawatan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berlepas dari Malaysia pagi ini untuk meneruskan perjalanan ke Jepun, destinasi kedua dalam lawatan enam hari ke tiga negara di Asia.

Trump dijangka tiba di Tokyo sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan).

Sebaik tiba, satu-satunya acara awam yang dijadualkan ialah kunjungan hormat ke atas Maharaja Jepun, Naruhito, di Istana Diraja.

Trump turut akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Jepun yang baru dipilih, Sanae Takaichi, ketika berada di negara itu.

Seperti di Malaysia, tuan rumah di Jepun dijangka menyambut pemimpin AS itu dengan penuh adat istiadat dan penghormatan.

Agenda dijangka bagi sidang kemuncak di Tokyo termasuk keupayaan pertahanan Jepun dan rancangan negara itu untuk membuat pelaburan besar di AS.

Selain dijadualkan bertemu Maharaja Naruhito Trump dijadualkan melawat pangkalan Yokosuka di selatan Tokyo pada hari yang sama bagi menyampaikan ucapan di atas kapal pengangkut pesawat. Beliau juga dijadualkan menghadiri majlis makan malam bersama tokoh korporat di Tokyo.

Trump baru-baru ini menyatakan harapan membina hubungan yang hebat dengan Takaichi dan menegaskan Washington akan menentukan destinasi pelaburan Jepun berjumlah AS$550 bilion (RM2.3 trilion) di AS.

Pelaburan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dicapai antara kedua-dua negara hasil rundingan berhubung kempen tarif yang dijalankan oleh pentadbiran Trump.

Presiden AS itu turut mengulangi gesaannya agar negara-negara lain memainkan peranan yang lebih besar dalam aspek keselamatan.

Trump dan Takaichi dijangka menggunakan pertemuan mereka untuk membincangkan cara melaksanakan pelaburan Jepun serta memperkukuh keupayaan pertahanan Jepun melalui langkah seperti meningkatkan perbelanjaan berkaitan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN