WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan beliau mengarah Jabatan Perang memulakan ujian senjata nuklear dengan serta-merta.
Trump berkata, langkah itu diambil berikutan pengumuman Presiden Russia, Vladimir Putin, Rabu lalu memaklumkan Moscow berjaya menguji drone bawah air berkuasa nuklear, sekali gus menentang amaran Washington.
“Disebabkan program ujian negara lain, saya mengarahkan Jabatan Perang memulakan ujian Senjata Nuklear kita serta-merta,” katanya dalam Truth Social.
Pengumuman itu dibuat menjelang pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping, di Korea Selatan.
Trump turut menekankan AS memiliki lebih banyak senjata nuklear berbanding negara lain, dan memuji usahanya melakukan ‘kemaskini dan pengubahsuaian menyeluruh terhadap senjata sedia ada.’
Katanya, Russia berada di tempat kedua, China di tempat ketiga jauh di belakang, tetapi akan menyusul dalam lima tahun.

 
								 
											









