WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tiada sesiapa yang akan dipaksa meninggalkan Gaza di bawah pelan gencatan senjata dicadangkannya, sambil menyatakan perjanjian itu kini dimuktamadkan sepenuhnya. “Tiada siapa akan dipaksa keluar. Kami tidak bercadang untuk berbuat demikian sama sekali,” kata Trump ketika ditanya oleh wartawan sama ada rakyat Palestin akan diarahkan meninggalkan Gaza di bawah perjanjian tersebut. Trump turut mengesahkan perjanjian gencatan senjata Gaza itu selesai dimuktamadkan dan…