TEL AVIV: Kerajaan Israel semalam menegaskan tiada gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza, sebaliknya hanya penghentian sementara terhadap beberapa serangan udara di kawasan tertentu. Jurucakap kerajaan, Shosh Bedrosian berkata, tentera masih dibenarkan melancarkan operasi di Gaza atas alasan pertahanan diri. Kenyataan itu dibuat selepas kumpulan Hamas pada Jumaat lalu bersetuju menerima beberapa bahagian utama pelan damai 20 perkara anjuran Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini mendapat sokongan Israel. Setiausaha Negara…