BEIJING: Ratusan ribu penduduk dipindahkan dari kediaman mereka apabila Taufan Matmo melanda pantai selatan China pada Ahad, lapor media rasmi negara itu. Ribut kuat itu mendarat sekitar pukul 2:50 petang waktu tempatan) di wilayah Guangdong, menurut penyiar negara CCTV. Pusat Meteorologi Kebangsaan China melaporkan kelajuan angin melebihi 150 kilometer sejam. Ketika ribut menghampiri, pihak berkuasa memindahkan 197,000 orang dari rumah mereka di Pulau Hainan dan 150,000 lagi dari wilayah Guangdong.…