LONDON: Rangkaian farmasi terkenal Britain, Boots, bakal melancarkan satu program khas membantu pesakit mengekalkan berat badan selepas berhenti menggunakan suntikan pelangsing bagi mengelakkan mereka kembali gemuk. Ketika ini, dianggarkan 2.5 juta rakyat Britain menggunakan suntikan kurus seperti Mounjaro dan Ozempic yang semakin popular sebagai rawatan penurunan berat badan. Namun, kajian menunjukkan mereka yang berhenti secara mendadak selepas mencapai sasaran sering mengalami kenaikan berat badan semula dan pertambahan itu biasanya datang…