SYDNEY: Skandal krim pelindung matahari di Australia semakin meruncing apabila sebanyak 18 produk kini ditarik balik daripada pasaran susulan kebimbangan terhadap tahap keselamatannya. Analisis oleh sebuah kumpulan advokasi pengguna pada Jun lalu mendapati beberapa jenama popular dan mahal gagal memberikan perlindungan seperti yang didakwa pengeluar. Antara produk terbabit ialah Ultra Violette Lean Screen Skinscreen yang sepatutnya menawarkan faktor perlindungan matahari (SPF) 50+, namun ujian hanya menunjukkan tahap perlindungan SPF 4.…