TOKYO: Proses rambut menjadi uban mungkin bukan sekadar tanda penuaan, sebaliknya merupakan isyarat tubuh melawan sel berpotensi kanser, menurut satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Tokyo, Jepun. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Cell Biology itu mendapati, apabila sel stem penghasil pigmen pada rambut mengalami kerosakan DNA, sebahagiannya akan musnah sendiri bagi mengelak berubah menjadi sel kanser sehingga menyebabkan rambut kehilangan warna dan menjadi putih. Penemuan itu menunjukkan proses…

 
								 
											









