Percaya bercinta dengan aktor Squid Game, wanita rugi RM1.5 juta

Percaya bercinta dengan aktor Squid Game, wanita rugi RM1.5 juta

LEE JUNG-JAE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang wanita Korea Selatan berusia 50-an kerugian lebih 500 juta won (RM1.5 juta) selepas diperdaya individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pelakon terkenal siri Squid Game, Lee Jung-Jae, melalui media sosial.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai A, percaya dia menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan pelakon popular itu selepas menerima mesej daripada akaun yang mendakwa milik Jung-Jae.

Suspek menggunakan imej serta dokumen pengenalan diri yang dijana melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meyakinkan mangsa.

Setelah hubungan mereka menjadi akrab, penipu mula memanggil mangsa dengan panggilan mesra sehingga wanita itu percaya pelakon terkenal itu benar-benar mempunyai perasaan terhadapnya.

Mangsa kemudia diminta mengirim sejumlah wang dengan pelbagai alasan, termasuk kononnya Jung-Jae terkandas di lapangan terbang luar negara dan memerlukan bantuan kewangan untuk pulang ke Korea Selatan, selain percaya dia akan dibayar semula.

Mangsa turut menghantar AS$7,500 (RM31,478) kononnya bagi membeli pas VIP untuk berjumpa secara peribadi dengan pelakon tersebut, namun pertemuan yang dijanjikan tidak pernah berlaku.

Selepas mengalami tekanan berterusan dan kehilangan lebih 500 juta won, wanita itu akhirnya tampil membuat laporan polis.

Jurucakap Agensi Polis Wilayah Gyeongsang Selatan mengesahkan mangsa menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian, namun identiti suspek masih belum dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN